Monday 9 October 2017

Tips membeli motorsikal second hand

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Membeli Motorsikal second hand
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1)Pastikan berkeadaan Standart/Asal
Kalau boleh cari yang standart bagi mengelakan modifikasi yang boleh menyebabkan motor meragam tak tentu pasal. Ia juga mengelakan anda daripada dikenakan saman diatas modifikasi yang dilakukan pemilik sebelumnya..

_______________________________


2) Mempunyai Geran
Geran ini merupakan dokumen yang mengesahkan identiti kenderaan terbabit dan mempunyai Nombor siri serta pemilik berdaftar serta maklumat kenderaan yang didaftarkan seperti No. Enjin , No Casis Buatan , Model , kelas kegunaan dan lain-lain Maklumat tersebut adalah penting bagi mengesahkan bahawa kenderaan tersebut adalah kenderaan yang boleh serta disahkan penggunaannya di jalan raya di Malaysia.

Selain itu, dokumen tersebut juga mempunyai malumat/ rekod bayaran yang telah dilunaskan oleh pemilik kenderaan (pembayaran Road Tax ) serta pertukaran milikan dan alamat serta rekod pemeriksaan.
Tiada saman trafic.. kalau ada saman, korang tak boleh nak hidupkan road tax sebab motor ada saman
_______________________________
3) Jangan Pandang Luaran Sahaja
Ada orang, tengok luaran cantik terus beli "sekali dah beli, bawak je, enjin berkocak banyak problem" Seeloknya periksa keadaan motorsikal tersebut terlebih dulu kemudian fikir dan buat pertimbangan sewajarnya..
 
a) Periksa Paras Minyak Hitam
First Jangan hidupkan motor dulu. Buka penyukat minyak hitam lihat paras mana.. Jika minyak hitam diletakkan berlebihan akan berefek bunyi enjin lebih halus, sehingga menyembunyikan bunyi asal motor yang mungkin kasar.
_______________________________

b) Lihat Speedometer motorsikal tersebut
Lihat jarak yang telah di tempuh motor tersebut. Jika angka menunjukan di atas 20.000km, pastinya akan ada komponen part enjin yang harus diganti._______________________________  
Motorsikal tongkatkan dengan Double Stand, tegakkan handle depan, dan tengok roda hadapan dan roda belakang,
 Biarkan motosikal berdiri tegak .

c) Periksa bahagian hadapan tayar dan klu body tak center
Berdiri di hadapan motorsikal periksa bahagian hadapan lihat kelurusan dengan roda ( lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak ). Jika nampak tak center menunjukan motor pernah melanggar sesuatu atau terlibat dalam kemalangan.
_______________________________ 

d) Periksa bahagian tayar belakang dan klu body tak center
Berdiri pula di belakang motorsikal kemudian periksa bahagian belakang lihat kelurusan dengan roda. jika nampak tak center memastikan chasis mototidak membengkok kerana motor pernah terjatuh atau berlaku pelanggaran
_______________________________ 
e) Pemeriksaan batang Fork,swing arm, suspension absober dan rem tayar
Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati.. Check samada fork depan,Bush / hub tidak bocor dan rosak, handle, chasis, swingarm pun check gak, kot-kot dah bengkok dan Rem tayar gelong ke tidak...
Periksa Fork depan kalau ada bengkok, Ada kemungkinan juga motor ini pernah terlibat kemalangan

Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus. 
_______________________________


suspension depan belakang camner ? Periksa jika ada kesan minyak terkeluar dari bush/ hub .. Ini menunjukkan Fork dan Absober telah bocor dan suspension tidak elok .. ada penyerap hentakan masih "menyerap" hentakan ke ? bushing suspension ok ke tidak ? 
_______________________________


Perhatikan kalau Rem tayar bengkok.. Jika tak dapat di lihat dengan mata kasar cuba Letak marker pen hampir rapat dengan rem kemudian putar roda.. Jika ada bahagian menyentuh Marker pen rem ada problem bengkok.. Ini dapat memastikan bahagian mana yang gelong
_______________________________ 
4) Pemeriksaan Bahagian Enjin Periksa kalau ada leaking head di bawah enjin.. Boleh menyebabkan minyak hitam berkurangan nanti..

Periksa enjin kalau ada part yang retak.. Ini boleh mendatang efect masalah lebih besar nanti.memerlukan modal yang besar untuk menukarnya di kemudian hari..
_______________________________


Periksa apakah ada kebocoran minyak pada karburator ini boleh menyebabkan motor susah di hidupkan…_______________________________
5) Pemeriksaan terhadap sistem wiring motorsikalTengok Wiring kalau ada potong-potong atau sambung haram tu ada problem karang takut short circuit. Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
_______________________________
6) Pemeriksaan semasa Enjin dihidupkan
Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya. OK Mulai hidupkan enjin. Pulas trottel minyak, rem-rem lebih sikit dan biarkan enjin dalam keadaan stabil. Pada masa ini dengar jikalau ada kejanggalan bunyi enjin.
a) Kalau kick Starter atau menggunakan eletrik starter susah motorsikal di hidupkan, mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan terperinci
_______________________________ 
b) Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih atau kemungkinan juga piston ring telah haus. kalau asap putih kuar kena buat top overhaul tukar gasket. kalu asap itam, proses pembakaran yang tidak sempurna. Kalau Putih biru tu kira OK
_______________________________ 

7) Buat Pandu uji Motorsikal
Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je….

a) Cuba buat pandu uji .. dengan kecepatan 40km/jam kemudian tekan rem agak mendadak kalau motor korang rasa tak ade pickup dan kena pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem...

b) kalau ko bawak lepas tangan camner ? stabil ke tidak ? kalau masa pandu motorsikal tu tak rasa macam goyang dan senget atau kalau membuang belakang ni.. memang ada problem ngan casis (body) punya.. badan dah bengkok...

c) Ketika memandu uji sila dengar sebarang bunyi dan rasai pergerakkannya motorsikal tersebut.Jalankan motor tersebut dan perhatikan apakah ada kesulitan atau tdk dalam perpindahan gigirantai tayar dan sporket motorsikal

d) Kalau semasa membrake motorsikal bagai mana keadaan motorsikal tersebut.. Adakah brake sistem dalam keadaan baik disaat kita membrake secara kecemasan ?
_______________________________ 
Periksa Nombor Chassis dan nombor enjin.. buatnyer yang dijual tu motor curi.. Payah nak jawab karang…Cek nombor rangka Chassis dan nombor enjin.. Perhatikan dengan jelas apakah nombor rangka dan mesin motor adalah asli dan bukan ketokan kasar.
_______________________________
8)Dapatkan jaminan waranty
Mana mungkin kan motosikal 2nd yang anda beli itu benar-benar 100% dalam keadaan baik..Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.Apabila membeli motorsikal tersebut minta jaminan ( warantty) penggantian atau minta owner asal, Pekedai yang jual motor tu repair balik segala kerosakan dalam masa selang tempoh percubaan..


Tips dan tanda-tanda jika tayar motosikal pancit

Terdapat 2 situasi tayar pancit..
1.Petanda2 amaran tayar pancit 
Situasi dimana angin dari tayar keluar secara perlahan-lahan dan anda boleh perasan perubahan tersebut terutama sekali ketika anda sedang membelok. Motor akan terasa berat dan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhoyong-hayang. Ini mungkin kerana terdapat bocor yang kecil pada bahagian tayar akibat tercucuk benda-benda tajam seperti paku, pin, batu & sebagainya yang menyebabkan angin keluar daripada tayar sedikit demi sedikit.
2.Tayar pancit tanpa amaran
Situasi tayar tiba-tiba meletup atau dimana angin dalam tayar keluar secara pantas dan mengejut tanpa memberi anda sebarang tanda atau amaran. Ini mungkin akibat kerana tayar motor tersebut terkena benda tajam dan mengalami bocor yang besar seterusnya menyebabkan tayar kempis secara tiba-tiba. Situasi ini biasanya susah untuk dikawal kerana angin dalam tayar keluar secara total.

Apa yang perlu anda buat?
1) Jika tayar belakang pancit
Tayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.
Cuba untuk perlahankan motorsikal anda. Jangan brek secara tiba-tiba. Kawal motor anda sebaik mungkin agar tidak terbabas ketengah jalan. Jangan panik tumpukan perhatian untuk memberhentikan motorsikal anda dengan selamat supaya tidak terjatuh. Biasanya situasi ini lebih senang dikawal kerana anda masih boleh mengawal keseimbangan handle motorsikal.
2)Jika tayar hadapan pancit
Situasi ini lebih berbahaya kerana ia susah untuk dikawal. Anda akan hilang kawalan terhadap motorsikal kerana handle tidak berfungsi seperti biasa. Jika tayar hadapan motorsikal yang pancit secara tiba-tiba, anda hanya ada masa lebih kurang 5 saat untuk mengawal motorsikal anda. Situasi 50-50 berlaku samada anda dapat mengawalnya dari terjatuh ataupun tidak.
3)Jika tiba2 pancit hilang kawalan motorsikal
first jangan panik..Jika anda tidak dapat mengawal motorsikal anda ketika itu, cuba elakkan dari jatuh ke sebelah kanan jalan bagi mengelakkan anda dilanggar oleh kenderaan lain. Peluang anda untuk dirawat sebagai pesakit luar di hospital berdekatan lebih cerah jika anda jatuh ke sebelah kiri bahu jalan. Tetapi, jika anda terjatuh ke sebelah kanan jalan anda tidak akan dirawat sebagai pesakit luar, malah mungkin lambat keluar dari hospital.

Monday 25 September 2017

Cara untuk membeli motorsikal yang jimat dari segi penggunaan minyak,penyelenggaraan dan ciri-ciri keselamatan

A) First sekali pemilihan motorsikal kena tahu perbezaan motorsikal 4 lejang dan 2 lejang baik dan buruknya..
Perbezaan 4 lejang dan 2 lejang
_______________________________
B)Secara keseluruhnya bagi engine 4 lejang lebih menjimatkan walaupun sekali sekala perlu dibuat top overhaul.Apa apa pun bergantung tujuan asal motorsikal ini hendak digunakan
-Kalu nak race baik 2 lejang
-Kalu nak buat pergi kerja baik 4 lejang
C) -BAJET & Jenama (Brand)
Bajet adalah perkara yg terbesar dan terpenting sekali. Korang sering ditanya, berapa bajet yg ada sebab terlalu banyak kategori motosikal yang ada berdasarkan bajet anda.lagi satu tentang jenama (brand) selalunya barang apa punselalunya harga kena dengan kualiti . kalau pandai buat pertimbangan Alah membeli menang memakai: membeli barang bagus tetapi mahal sikit masih lebih menguntungkan daripada membeli barang murah tapi cepat rusak.
_______________________________

4 stroke
Tiga Motorsikal Kupcai 4 lejang menjadi pilihan bagi 
1. Kalau Bajet Antara RM6000 ( Range RM6000-7000).Yamaha 135LC...Sejak model Yamaha ini keluar pasaran Malaysia pada tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris sekali. Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, terus jadi biasa – biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain,model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli. Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam lingkungan RM6500. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.
_______________________________
2. Kalau bajet atas sikit RM5000.Honda Wave... Pada penghujung 1990-an, Honda memperkenalkan motosikal siri NF yang lebih dikenali sebagai Honda Wave yang menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc.Tak kisah lah cc berapa walaupun dah di buat di Thailand dan bukan 100% dari jepun lagi. Kalau nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat ni lah pilihannya.Kalau ikutkan praktikaliti, Wave125 ni lagi bagus dari LC.. antaranya ade u-box bawah seat.. boleh la nak wat letak baju hujan ke, tools sket.. kalau hujan semua henset, wallet boleh simpan dalam tu.. agak besar, cuma tak cukup besar nak simpan helmet la. kalau naik 2 orang 110-120kmh ni senang-senang je, Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat wave 125 la kalu 110 lg la jimat memang terasa beza.
_______________________________
3. Kalau bajet dibawah RM5000.Honda EX5....Sejak tahun 1980-an Model 100cc Honda EX5 mendominasi pasaran kat Malaysia ni agak lama jugak tu.Honda EX5 pada asalnya mengantikan generasi honda cup lama ni dilengkapi sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada honda cup model lama. Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.Honda EX5...Motor yang paling murah dan popular.Walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling – paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal. Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L) Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk. Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.Jangan pandang ringan la motor ni, kalau dapat kat budak yang kreatif, daripada gambar standard diatas tu boleh jadi smart gila. Serius ah. Harga lebih kurang RM3900. Motor paling panas dan paling cepat hilang. Hehe biasalah, permintaan part dia tinggi kot.
_______________________________
2 stroke
Hanya 2 model Motorsikal Kupcai 2 lejang menjadi pilihan bagi aku.. Sebab apa hanya duamodel ajer biasanya motosikal 2 lejang nie lebih mahal daripada motosikal 4 lejang..
_______________________________
1. Kalau bajet RM 6000 -RM7000.Yamaha RXZ... Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Tanyalah mana – mana budak Melayu, suka RXZ ke tak dan jawapanya pasti mereka suka. Orang kata model ni tak akan lapuk dek zaman. Dah sinonim dengan masyarakat Melayu kiranya dah jadi model lagenda. Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek disk tidak berlubang Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.Apa – apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni.yang terbaru ni adalah model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter. Tapi rxz 5speed ni kelebihanye top speed sedap pasal enjin die lebih sedap berbanding dgn 6 speed..Tapi sekarang ramai orang dah convert ke 6 speed or catalyzer sebab nak nampak motor tu baru dan nampak moden.Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman..betul tak? Kalau budak – budak muda beli RXZ ke, mesti kawan – kawan akan kata pemiliknya ‘kaya’ kerana dapat ‘bela’ motor yang kuat makan minyak dan juga makan minyak 2T.Kebanyakan budak2 RXZ ni selalunya akan besarkan sikit 2Tnya supaya block xcalar atau mudah jem, tapi yg pasti sekurang2nya 3 Tank Penuh minyak RXZ boleh digunakan untuk 1liter 2T Hehe
_______________________________
2. Kalau bajet RM 6000 keatas sikit ajer.Yamaha 125Z...Keluaran model ada dua jenis Yamaha125z angaran harga RM 6292.26 dan Yamaha 125ZR anggaran harga RM 6617.76..Yamaha masih lagi mendominasi, jangan lupa 125z yang amat menarik hati ini. Juga boleh dikategorikan sebagai motor bajet tinggi ni, sebab dia memang laju dan kuat makan minyak.125zr standard isi RM7.00 boleh jalan 110km speed 120-140km/j (0.063sen per km). Apa – apapun, kalau orang dah gila motor dan bawa laju memang tak boleh nak kata apa. Bila seseorang dah berkenan pada sesebuah motor, kot mana pun pasti dia akan pilih dan beli. Model Yamaha 125z ini telah berjaya dijual dengan laris dipasaran. Motosikal ini lebih berkuasa dengan enjin 2-lejang berkapasiti 125cc dan transmisi 6 kelajuan. Manakala penggunaan monoshock pula menggantikan sistem dual-shock yang sekian lama digunakan pada motosikal kapcai. Sistem breknya juga turut dinaiktaraf dengan penggunaan brek disk di depan dan belakang. Yamaha 125 mmg ringan dah..memang sedap...memang berbaloi...tapi biasa lah 2 stroke...perlukan duit yg agak lebih utk minyak..lagi satu 125 ni body berat,aerodinamik,rendah,memang sedap badannye dan stabil pada kelajuan tinggi.. tak goyang bila lawan angin lori.. everything seems perfect.. .bagi aku,aku lebih menyokong 125 sbb mmg best untuk perjalanan dekat dan jauh...kalo jalan jauh tu jangan lah merembat je keje...mmg jem la nanti

Sejarah Mengenai Motor

Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.
Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.

Motosikal pada lazimnya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
Naza N5 motosikal sport keluaran syarikat Malaysia
Motosikal Yamaha YZF-R1.
Motosikal Honda Gold Wing.
Motosikal Harley-Davidson Electra Gilde.
  • Motosikal Sport - Motosikal sport lazimnya menggunakan enjin DOHcberkuasa tinggi antara serendah 50 cc 2 lejang hingga sebesar lebih 1400 cc 4 lejang. Kerangkanya direka dengan kukuh dan tegar agar dapat menampung kuasa enjin serta kelajuan yang tinggi, dan lazimnya kerangka superbike adalah dari jenis aluminium spar berkembar. Tempat duduk serta bar pemegang motosikal superbike dibuat rendah untuk merendahkan tapak graviti agar motosikal menjadi stabil pada kelajuan tinggi. Motosikal sport secara lazimnya mampu mencapai kelajuan tinggi, oleh itu motosikal sport sering digunakan di dalam perlumbaan. Motosikal sport lazimnya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti hyper sport (1100 - 1400 cc), superbike (800 - 1100 cc), super sport (600 - 800 cc) dan motosikal sport kecil (50 - 400 cc).
  • Sports touring - Motosikal jenis sports touring mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan motosikal superbike, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang semasa perjalanan jauh. Tempat duduk serta bar pemegang ditinggikan untuk memberi keselesaan. Enjin juga ditala agar lebih menjimatkan bahan api.
  • Cruiser - Motosikal cruiser direka untuk perjalanan jauh. Biasanya enjin bagi sebuah motosikal cruiser mempunyai putaran enjin yang rendah, oleh itu enjin cruiser mempunyai kilasan yang tinggi tetapi kuasa kuda yang tidak begitu tinggi, oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api.
  • American cruiser / Chopper - Motosikal chopper adalah sejenis motosikal cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat. Motosikal chopper mempunyai bar pemegang yang tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada roda hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara. Secara amnya, motosikal chopper adalah berasaskan rekabentuk model-model motosikal Harley-Davidson
  • Naked - Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.
  • Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
  • Dual-purpose - Motosikal dwikegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi dipadankan agar selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
  • Skuter - Motosikal skuter lazimnya ditenagai enjin kecil antara 50 cc hingga 150 cc, tetapi terdapat model-model skuter besar dengan kapasiti antara 250 cc hingga 900 cc. Motosikal skuter amat popular di Eropah kerana menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan. Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan lazimnya terdiri daripada enjin 1 silinder untuk meninggikan kilasan. Model-model skuter terawal menggunakan transmisi manual, tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT. Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk, tetapi tangki minyak skuter besar pula terletak di bahagian hadapan. Skuter moden pada hari ini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Motosikal skuter direka berasaskan model skuter Piaggio Vespa
  • Kapcai - Motosikal kapcai adalah model motosikal kecil yang amat popular di Asia berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah. Motosikal kapcai juga terdapat di Eropah, tetapi ia juga dipanggil skuter di sana. Motosikal kapcai digerakkan oleh enjin kecil antara 50 cc hingga 125 cc, oleh itu motosikal skuter amat menjimatkan bahan api dengan kadar penggunaan petrol serendah antara 38 km/L hingga lebih 50 km/L. Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klacemparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual. Seperti skuter, tangki minyak motosikal kapcai terletak di bawah tempat duduk. Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub.tetapi tahap keselamatan motosikal kapcai adalah rendah berbanding motosikal yang lebih besar.